Sunday, 12 May 2013

KOTA KINABALU

kali ni jom kite ke Kota Kinabalu,Sabah..aku pergi ni sebab birthday aku and sebab aku punye diploma dah habis..yeay!! korang kena gembira untuk aku..ok aku memang plan nak pergi sabah ni daripada awal tahun lagi, nampak tak keghairahan aku..nasib baik kawan aku ni orang sabah so tak ada la aku ni keliru bin buntu nak pergi mane2 kan. hah nampak tak tiket flight kami so maknenye kami dah ready nak fly with Air Asia..nampak tak muke2 excited yang ditonjolkan di bawah, hah ni namenye excited nak bercuti..



flight kami pukul 7.15pm so sampai sane dah pukul 9 lebih..family my friend yang ambik kami kat airport, lepas tu kami pergi makan malam dulu..kat sane aku beli giant burger, em memang giant la..aku stay dekat Tune Hotel..ok jom tengok bilik aku..




DAY 1

aku memang puas hati dengan hotel ni.. sekarang nampak tak aku dah ready nak pergi meneroka bandar KK..sekarang tengah bersiap2 and tunggu my friend datang ambik aku kat sini


nak tau kami pergi mane? kami just ronda2 bandar KK..bile dah petang kami dah pergi makan pisang goreng cheese.sedap tau..sambil makan pulak dapat tengok sunset..wow romantik betul la this place..




walaupun malam sempat lagi kami berposing kat sini..hehe


then kami pergi hotel paling mahal kat sini..just for sight-seeing je..biasela kat sini semua orang2 kaye yang check in and ada kapal sendiri pulak tu..


DAY 2

 hari ni kami pergi rumah terbalik..unik kan.kami gune harga student so murah sikit, padahal tiket dia pun tak la mahal pun..tapi kat dalam rumah ni kami tak dibenarkan ambil gambar, if kami snap jugak kami akan didenda RM100 and gambar tu akan di delete..maybe nak jage dia punye keunikan agaknye..hehe


sebelum masuk salah seorang kena pukul gong ni menandakan kami datang, agaknye la..haha..so ape lagi aku excited la pukul gong ni.


sebelum masuk rumah korang kena ketuk pintu rumah supaya orang kat dalam rumah akan buka pintu and bagi korang masuk.


kami just boleh ambil gambar yang kat luar rumah sahaja..korang boleh tengok kat bawah ni..ada basikal terbalik, taman terbalik dan juga bilik air terbalik..




jom beli souvenir kat sini..




pusing punye pusing, tilik punye tilik last2 aku beli keychain rumah terbalik..tu pun satu je..untuk aku je la..hehe


hah nak tau korang kena simpan tiket yang dia bagi sebab nanti korang boleh redeem air chocolate for free tau..



tempat seterusnya kami pergi muzium Sabah..kat sini kami dapat masuk free sebab if ada student card so boleh masuk free..samela kat dalam ni pun we were not allowed to snap pictures..



korang boleh tengok gambar2 kat bawah ni..aku kami snap around the muzium..










sekarang kami pergi satu tempat yang kite boleh tengok 1KK..tempat ni just for relax la kan..



DAY 3

 kami just rest and malam baru kami keluar pergi tengok show air..aku panggil show air menari2..air ikut muzik yang dimainkan..for release tension ok la..






sekarang ni dah nak pergi makan cz show pun dah habis kan, perut pun dah menyanyi sekali..sebelum keluar tu sempat lagi berposing..



DAY 4

 hari ni hari yang aku tunggu2 sebab hari ni pergi pulau..i love island..sorang RM18 untuk sewa bot and bayar pulau..kami pergi 6 orang..ni kire murah sewa bot sebab bot ni pak cik kawan aku punye..



kami sangat excited naik bot ni, serius pak cik ni bawak laju gile, aku rase dah macam naik roller coaster dah..





kami nampak rumah jackie chan kat sini..



pulau yang kami nak pergi pulau manukan..tapi pak cik ni baik hati sangat dia bawak kami pergi jalan2 pulau lain dulu..so kami pergi jalan2 dulu dekat pulau ni..





kejap je kami jalan2 kat pulau ni..tak best pun pulau ni...so sekarang kami on the way pergi manukan island..wehuuu..yeay kami dah sampai kat pulau ni cantik kan pulau ni..




sekarang kami siap2 nak pergi snorkeling..tapi kami bertiga je yang snorkeling, yang lain tak nak..



nampak tak benda ni dah sangkut kat rambut aku


banyak betul makanan kami bawak, memang dah macam tak nak balik dah..



serius pulau ni memang sangat cantik..snorkeling pun puas hati sangat..memang hari yang aku suke la kat pulau ni..



ok sekarang kami dah nak balik..memang penat sangat so balik ni memang terus tidur dah aku ni..if korang pergi pulau ni memang sangat puas hati..

 DAY 5

 hari ni perjalanan jauh cz kami pergi Gunung Kinabalu..kena siap awal pagi lagi sebab takut tak sempat balik cz kabus akan menebal..ni la van yang bapak kawan aku sewakan..


first tempat kami pergi Kundasang War Memorial..pahlawan2 yang terbunuh kubur dia ada kat sini..














next kami pergi tempat kolam air panas..



kami tak mandi air panas tapi kami pergi canopy walkway..sempat lagi posing sebelum mendaki untuk naik canopy walkway..


aku tak sangka nak kena mendaki tinggi gile sebelum naik canopy walkway..if aku tahu tak ada aku nak naik..penat tau tak..tapi kami berjaye juga mendaki tapi muke sangat kepenatan..



yeay sekarang dah sampai turn kami nak naik canopy walkway..aku dah la gayat tapi buat2 berani la..benda ni dah la bergoyang..tapi aku boleh lagi senyum tau..hehe




yeay kami dah berjaye habiskan..tapi penat pulak nak turun..haishh..


sekarang kami dah turun and sangat penat, so now kami pergi relaxkan diri..rendam kaki dalam air panas..



DAY 6

 kami dah nak bertolak balik KL..flight kami pukul 3pm..so bye2 KK..